Rabu, 22 Agustus 2007

Masalah Para Remaja

Banyak yang bilang masa remaja adalah masa yang paling indah (duh... seperti di dalam lagi ya) karena di masa remaja banyak perubahan yang kita alami, mulai dari perubahan fisik sampai psikologi. Dan ini dipengaruhi oleh berbagai faktor, termasuk masyarakat.

And,,, Kini para remaja sudah banyak yang salah arah. Untuk itu sebaeknya perlu memahami sifat dan keinginan para remaja, karena jiwa para remaja sedang labil. Salah satu penyebab para remaja salah jalan adalah kurang perhatian dari keluarga terutama orang tua.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh orang tua dan masyarakat mengenai emosi anak remaja mereka, kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya ke atas remaja.

1. Keinginan naluri remaja itu sendiri.
Seorang ahli psikologi Barat, Carl Rogers (1985), berkata seseorang yang memasuki alam remaja akan mengalami beberapa perubahan ketara. Perubahan ini dengan jelas menunjukkan bagaimana rakan sebaya begitu penting bagi memenuhi tuntutan naluri seseorang remaja itu. Di antara perubahan itu ialah kecenderungan berkumpulan dan tidak suka dikongkong. Dari aspek kecenderungan berkumpulan Rogers berkata, perubahan emosi dan fikiran mendorong remaja memperluas jaringan rakan sosialnya mengikut umur sebaya, hobi, prinsip hidup dan cara berpakaian yang sama. Adalah perkara biasa pada tahap ini jika remaja dikesan ingin memiliki identiti tersendiri, walaupun ada di antara mereka yang kemudiannya mengalami krisis identiti. Perubahan ini adalah perkembangan sihat dalam pertumbuhan dan perkembangan mental remaja. Namun remaja boleh terjerumus ke dalam kegiatan tidak sehat jika mereka salah memilih kumpulan. Remaja juga mudah berasa kuasa yang ada pada ibu bapa, guru dan orang dewasa terlalu kuat dan boleh menghalang cita-cita mereka. Perbedaan pendapat dan gaya hidup di antara remaja denganorang tua, guru dan orang dewasa akan mencetuskan rasa permusuhan dan berasa diri dikongkong. Ini kerana golongan remaja menganggap bantahan itu merendahkan harga diri mereka yang memang sedang bergelora. Konflik harga diri ini menyebabkan remaja menjadikan rakan sebaya sebagai ‘tempat mengadu. Malah, mereka juga akan melakukan sesuatu yang drastik bagi membuktikan mereka boleh berdikari atau mampu bertindak seperti orang dewasa.

2. Keluarga terlalu sibuk.
Orang tua yang terlalu sibuk tanpa mampu meluangkan masa secukupnya untuk mendampingi anak remaja masing-masing akan menyebabkan anak mereka mencari alternatif. Remaja yang tidak mendapat kasih sayang dan tumpuan sewajarnya daripada orang tua dan keluarga, akan mendapatkannya daripada orang luar termasuk rakan sebaya.

3. Komunikasi kurang berkesan.
Komunikasi kurang berkesan juga menyebabkan remaja lebih selesa berkongsi masalah, suka dan duka dengan rakan sebaya. Dalam masalah ini seharusnya orang tua membuka ruang yang lebih luas untuk mendengar permasalahan atau luahan perasaan anak remaja masing-masing. Cuba memahami naluri mereka. Kurangkan penggunaan kuasa sebagai orang tua untuk memaksa anak-anak mendengar atau mematuhi semua arahan. Karena para remaja juga mempunyai suatu keinginan

4. Maruah diri.
Remaja yang berhadapan dengan masalah membabitkan nama baik keluarga dan maruah dirinya, yang memungkinkannya dihukum jika perkara ini dimaklumkan kepada keluarga, akan menggunakan rakan sebaya sebagai pendengar dan pemberi nasihat.

5. Kurang keyakinan.
Rasa kurang yakin terhadap diri sendiri, orang tua dan adik beradik turut menyebabkan remaja mencari seseorang atau sekumpulan insan lain yaitu rakan sebaya sebagai tempat bergantung atau berlindung. Sikap acuh tidak acuh terhadap tanggungjawab sebagai orang tua dalam sesebuah keluarga, menyebabkan anak remaja memandang rendah kemampuan orang tua dan ahli keluarga. Mereka berasa lebih selamat dan selesa apabila bersama rakan sebaya berbanding keluarga.

6. Sindrom kurang daya tahan iman.
Kurangnya pengetahuan agama menyebabkan jiwa remaja kekosongan. Jiwa yang kosong ini, jika tidak diisikan dengan perkara berfaedah atau kegiatan membina sifat-sifat positif, akan dipenuhi dengan unsur negatif yang membinasakan.

Sebaiknya para orang tua lebih memahami para remaja karena remajalah yang akan menjadi penerus bangsa
.

Tidak ada komentar: